





Apa dah jadi agaknya dengan rakyat Singapura...!?
Jadi penakut untuk complaint tentang pemerintah Singapura!
Jadi takut untuk bersuara dan menegur pemerintah Singapura!
Jadi takut ditanggkap kerana MENGKRITIK PEMERINTAH SINGAPURA!
Aku fikir.... rakyat Singapura sudah jadi bodoh, penakut, robot dan paranoid! ( kecuali aku, seorang sahaja orang melayu rakyat Singapura yang tidak paranoid... mudah2an menjadi contoh kepada yang lain )
Wahai rakyat Singapura...
Bangunlah!.. bangunlah!.... Sedarlah!... bersuaralah!..
KERANA....
Cuaca di Singapura semakin panas!
Hujan cuma sesekali turun.
Cukai barangan selalu sahaja naik.
Peluang pekerjaan semakin tipis.
Rakyat yang kekurangan dan lemah didalam pelajaran serta kurang kebolehan menjadi susah dan gelisah.
Bayaran bill kesihatan semakin tinggi
Masa depan semakin tidak menentu.
Aku cuma dapat melihat itu semua dengan berbagai2 pandangan penuh persoalan.
Kadang2 kita telah lupa
Kita rakyat biasalah yang sebenarnya mempunyai kuasa.
Kerana....
Kita rakyat biasa punya kuasa mengundi
Rakyatlah sebenarnya Tuan
Rakyatlah sebenarnya Raja
Rakyatlah yang melantik mereka untuk memerintah!
Rakyatlah yang membayar gaji mereka!
Mereka mesti mendengar cakap kita
Bukan kita yang patut dengar cakap mereka!
Rakyat tidak perlu tunduk dan merasa bodoh kepada pemerintah
Kerana... Rakyatlah yang memilih mereka untuk memerintah!
Rakyat boleh menghalang mereka dari berbuat sesuaka hati!
Mengapa rakyat perlu susah kerana mereka?
Mengapa rakyat perlu takut bersuara kepada mereka?
Kita yang empunya pilihan
Kita yang empunya undi!
Kita yang empunya kuasa!
Kalau mereka menyusahkan kita...
Kita lantik orang lain supaya boleh menyenangkan kita!
Buat apa mencari atau mengundi pekerja yang dibayar gaji begitu tinggi yang hanya tahu memerah dan menyusahkan kita!
Cuma orang bodoh dan penakut sahaja yang berbuat begitu!
Jangan sekali2 diperbodohkan oleh orang gaji kita.
Kerana kita yang membayar mereka gaji!
Kerana kita yang mengundi dan memilih mereka.
Kerana kita yang melantik mereka
Sebab itu kita perlu ingat...
Bahawa kitalah sebenarnya raja
Kita rakyat biasalah sebenarnya berkuasa
Bukan mereka.....!
Bukan pemerintah....!
