Powered by Bravenet Bravenet Blog

Saturday, October 15th 2005

1:37 PM

Bulan Ramadhan Dan Kritik Manusia.

BULAN RAMADHAN DAN KRITIK MANUSIA

Bulan ramadhan...
Bulan ramadhan ialah bulan yang penuh berkat.
Didalam bulan ramadhan inilah umat islam diperintahkan berpuasa ramadhan.
Didalam bulan ramadhan inilah kita mesti banyak2 buat kebaikkan dan amal soleh.  
Kita mesti banyak2 beribadat kepada Tuhan memohon keampunan dan keredaaNya.

Di bulan ramadhan...
Kita mesti berusaha bersungguh2 di bulan ramadhan ini untuk membuang segala sikap perangai, hati jiwa kita yang kotor supaya menjadi manusia yang lebih baik,  luhur lagi mulia kerana Tuhan.
Kita juga mesti banyak2 membuat kebaikkan kepada manusia supaya tertanam sikap jiwa membuat baik kepada manusia didalam diri kita sendiri sepanjang hayat kita.

Di bulan ramadhan...
Kita mesti terus membuat kebaikkan...
Kita harus mengkritik diri  kita sendiri supaya kita juga...bertambah2 sedar akan segala kelemahan dan kesilapan diri kita dan berazam untuk memperbaikinya.

Di bulan ramadhan...
Kita harus kritik orang2 jahat demi kebaikkan dan kemajuan.
Kita kritik sifat perkauman
Kita kritik sifat2 kezaliman
Kita kritik sifat2 penindasaan
Kita kritik sifat2 jahat tamak haloba dunia yang tidak berperi kemanusian.
Kita kritik peperangan dan pertumpahan darah.
Kita kritik segala sifat2 jahat manusia.
Kita kritik dengan niat dan tujuan yang baik kearah kedamaian keharmonian dan kemanusiaan!
KERANA...kritik itu juga adalah salah satu amal kebaikkan....demi mahu mengubah segala sifat2 jahat manusia kepada sifat2 yang baik!

Di bulan ramadhan....
Kita kritik kerana mengharap ampunan dan keredaan Tuhan..

0 Comment(s).