Powered by Bravenet Bravenet Blog

Tuesday, July 5th 2005

3:00 AM

Cerpen Terbaik Masyarakat Melayu Islam Singapura - Satu Seruan.

CERPEN TERBAIK MASYARAKAT MELAYU ISLAM SINGAPURA - SATU SERUAN.

Pesanan untuk orang2 melayu Singapura dan sesiapa sahaja yang datang dan baca tulisan ku diblog aku ini!
 
Tolong buka blog percuma awak sendiri! 
Awak perlu ada blog percuma sendiri!
Blog percuma dialam cyber ini tidak perlu dibayar!
Dan anda boleh menulis didalamnya!

Jangan jadi orang melayu Singapura yang penakut dan pemalas untuk menulis!  
Jangan jadi orang melayu yang bacul dan kikir untuk menulis dan meluahkan pendapat anda didalam alam cyber ini!

Kita berhak untuk bersuara dan menulis pendapat kita diatas apa2 sahaja yang kita lihat,  dengar dan fikirkan!
Kita berhak untuk mengkritik dan menegur masyarakat melayu islam Singapura kita!
Jadilah pembela bangsa dan agama sendiri dengan cara menulis didalam blog percuma yang ada didalam alam cyber ini!

Kalau tak pandai tulis....?
Cuba2lah  berlatih dengan menulis yang mudah2 terlebih dahulu!
Tulis apa sahaja...!
Anda boleh mula berlatih menulis dengan menulis tentang keluarga anada.   Atau tentang pekerjaan anda atau tentang kehidupan anda dan kawan2 anda!

Atau anda boleh berlatih menulis dengan mengambil tulisan2 yang ada didalam buku2 dan kemudian anda copy kedalam entry anda diblog anda sendiri!
Dengan lain perkataan....anda hendaklah rajin menulis!
Anda hendaklah mempunyai kemahuan yang kuat untuk berdakwah kepada masyarakat anda!

Jadilah pembela masyarakat melayu islam Singapura anda dengan cara menulis!
Jangan jadi orang yang penakut!

Anda perlu mengubah sikap negetif yang ada didalam diri anda!
Sikap malas...sikap pentingkan diri sendiri sahaja...dan sikap penakut lagi bacul perlu dibuang dari fikiran anda!
Anda perlu membaca kisah2 tokoh2 dunia yang berani ketengah masyarakat untuk melakukan kebaikkan kepada manusia sebagai bahan motivasi diri anda!
Buku2 kisah tokoh yang terkenal lagi mulia itu ...adalah amat penting sekali kepada diri anda!
Gunakan buku2 itu sebagai bahan pembakar semangat berdakwah anda!

Akhir sekali....
Jangan mendengar nasihat2 negetif dari orang2 lain yang cuba menakut2kan diri anda dan cuba menghalang diri anda dari melakukan kebaikkan kepada masyarakat anda!
Yakinlah kepada Tuhan!
Kerana Tuhan berserta dengan yang benar!

0 Comment(s).