CERPEN TERBAIK JATI DIRI.
Ramai kawan2 ku telah memberi pendapat tentang tulisanku diblog ku ini.
Dan aku mendengar pendapat mereka dengan fikiran yang terbuka.
Mereka berkata....
Tulisan engkau nampak kasar!
Engkau terlalu berterus terang didalam memberi pendapat mu secara bahasa yang straight forward.
Engkau perlu mengambil kira perasaan orang lain! Tidak ramai yang akan bersetuju dengan cara kasar mu itu! Bukankah cara yang lembut itu lebeh baik!? Bukankah cara bahasa menulis yang menarik lagi memikat hati para pembaca akan mendapat perhatian mereka.? Tentu para2 pembaca mu akan terus mengikuti tulisan mu dan akan lebeh menghormati mu..?
Engkau perlu sedar bahawa tidak ramai orang2 di Singapura yang sukakan kritikan2 kasar secara terus terang! Akibatnya nanti...engkau juga yang akan mendapat kesusahan dan kebencian mereka!
Itukan ....adalah satu kerja dakwah dan tindakan yang kurang bijak!
Itulah sebahagian daripada nasihat2 dan pendapat2 kawan2ku terhadap tulisanku.
Soalan yang ingin aku tanya...?
Apa pendapat saudara2 para2 pembaca sekelian?
Adakah aku perlu menulis PUISI2 CINTA sahaja?
Adakah aku harus menulis CERITA CINTA ROMANTIS sahaja?
Adakah aku harus menulis CERPEN2 HUMOR atau menulis INFORMASI2 ILMU PENGETAHUAN TEKNOLOGI TERKINI tanpa mengkritik soal2 kejiwaan manusia2 itu sendiri?
Adakah aku harus menulis kesah kehidupan harianku atau JOURNAL DIARY KU sahaja?
Adakah aku perlu menulis yang manis2 dan indah2 sahaja sebagai bahan hiburan para2 pembaca blogku ini?
Adakah ini tujuanku menulis?
Apakah aku perlu menutup mataku dan mulutku supaya terus berdiam diri dari menulis tentang keburukan sikap sebahagian MASYARAKAT MELAYU ISLAM SINGAPURA KU?
Adakah aku harus melayan mereka2 yang telah tersampuk dan terbelenggu dengan segala sikap2 yang keji lagi buruk dengan SEKUNTUK PUISI CINTA bernada lembut lagi romantis?!
Bukankah dengan cara begitu akan melemahkan semangat kental jati diri ku sendiri pada hujungnya?!
Cubalah kawan2 renungkan dan fikirkan!
Didalam zaman yang penuh dengan segala godaan dan tipuan ini....apa2 sahaja bisa berlaku!
Dan aku tidak boleh mengambil ringan tentang urusan semangat kental kebajikan ku dan semangat syiar serta iman ku sendiri!
Dengan cara bertegas didalam penulisan....ini dapat memberi diriku sendiri satu kekuatan yang membina lagi bersemangat kental jati diri!
Hasilnya ialah...aku sendiri yang semakin bertambah bersemangat kental dan bertambah yakin-beriman untuk mengerjakan amal soleh didalam masyarakatku kerana mengharapkan keredaan wajah Tuhanku!
Sebab itulah....aku menulis secara kasar dan berterus terang!
Lagi pun...tiada sesiapa yang memaksa saseorang itu untuk datang keblogku ini dan membaca tulisanku ini! Mereka berhak untuk pergi ketempat lain!
Apa pun kata dan komen mereka yang tidak puas hati terhadap tulisanku ini...yang pentingnya ialah aku akan terus mendapat kepuasan jiwa yang luhur dan semangat kental keimanan didalam diriku ini dengan cara menulis sebegini!
Kerana aku yakin bahawa hidup ini hanyalah sementara.....ajal maut siapa yang tahu?
Dan juga disatu hari nanti ..... aku juga akan mati ....untuk menghadap Tuhanku!
Biarlah aku hidup dan mati dengan semangat kental jati diri - keimanan yang tinggi didalam membela kebenaran yang diredai olih Tuhanku!
1 Comment(s).