CERPEN TERBAIK MASAALAH MELAYU ISLAM SINGAPURA.
Aku akan mula menceritakan sedikit demi sedikit...masaalah2 umat melayu islam di Singapura didalam tulisan ku ini dan tulisan ku yang akan datang...
Mudah2an kesadaran dan keinsafan akan membuka pintu taubat dihati saudara2ku umat melayu islam di Singapura...
Dan mudah2an...
Bersama2lah kita membetulkan diri kita untuk lebeh berusaha menyenbah Tuhan kita didalam hidup kita yang serba singkat ini!
Kita boleh lihat macam2 perkara yang berlaku di Singapura.
Macam2 perkara telah berlaku didalam masyarakat melayu islam di Singapura!
Macam2 perangai dan macam2 sikap!
Semakin tinggi berpelajaran .....semakin rendah nilai kejiwaan keagamaan!
Semakin tinggi teknologi.....semakin rendah martabat kemanusian!
Disinilah....di Singapuralah...
Kita dapat melihat kejatuhan nilai2 keimanan masyarakat melayu islam Singapura!
Anda bolehlah membuat kajian sendiri tentang perkara ini!
Anda bolehlah membuat survey sendiri tentang perkara ini!
Anda akan melihat....
Ramai belia2 melayu islam yang tidak lagi gemarkan budaya islam itu sendiri!
Mereka lebeh gemarkan budaya barat daripada budaya islam mereka sendiri!
Mereka tidak cenderung dan gemar kepada budaya tilawah al Quran!
Mereka tidak gemar budaya kenduri dan berkumpul untuk mengaji al Quran.
Mereka merasa tidak cukup selesa dan merasa rimas jika dijemput ke majlis2 keagamaan!
Mereka lebeh cenderung dan gemar menonton TV atau berjalan2 pergi ke pusat membeli belah atau berkelah ditepi pantai atau pergi makan2 di restorant bersama2 kawan2 mereka.
Ini adalah sedikit contoh....
Dan anda bolehlah menyelidik sendiri tentang hal ini.
Ramai orang2 melayu islam Singapura yang lebeh cenderung kepada budaya mencari wang dan budaya memupuk harta kekayaan.
Budaya mencari keselesaan hidup adalah menjadi keutamaan mereka!
Mereka akan mengunakan dalil2 agama untuk menyokong tindakan dan usaha mereka itu!
Tujuan hidup mereka sebagai umat islam sudah berubah!
Tujuan hidup mereka dijadikan Tuhan untuk menyembah Tuhan ...sudah berubah dan digantikan dengan mencari dan berusaha bermati-matian untuk menjadi kaya dan selesa didalam kehidupan!
Tujuan hidup sebagai umat islam yang dijadikan Tuhan iaitu...hidup untuk menyembah Tuhan sudah menjadi perkara ketiga didalam hidup dan hati-jiwa mereka!
Sikap enjoy dan bersenang2 dahulu semasa muda...sudah sebati didalam fikiran dan mentality mereka.
Peribadi2 dan jiwa2 contoh ulama islam dan alim ulama dahulu kala yang mulia ...jarang2 sekali boleh kita lihat di Singapura!
Sebab itu ...
Singapura bukanlah tempatnya yang dapat membantu umat islam untuk maju dari segi keimanan dan ketaqwaan kepada Tuhan!