Powered by Bravenet Bravenet Blog

Friday, May 6th 2005

5:29 AM

Cerpen Terbaik Moral Singapura.

Image hosted by Photobucket.com

Menulis cerpen terbaik tentang moral di Singapura atau dimana-mana adalah satu perkara yang panjang lagi rumit.   Kerana masing2 manusia mempunyai sudut pandangan yang berbeza-beza.

Sebagai seorang Islam,  aku mempunyai sudut pandanganku sendiri.  Tidak lain dan tidak bukan ialah melihat sesuatu perkara dari sudut pandangan seorang Muslim yang berpegang kepada Al Quran dan hadith.
Disinilah letaknya perbezaan sudut pendapat saseorang individu rakyat Singapura.

Secara lumrah,  tidak kira apa bangsa atau agama sekali pun,  ramai yang tidak suka kepada kerusakan dan kejahatan!   Cuma ukuran tentang kejahatan itu sahaja yang berbeza mengikut pandangan masing2.

Tajuk moral memang telah lama diperbincangkan oleh ramai manusia dimana2 didunia ini.
Sejak dari zaman dahulu sehinggalah zaman sekarang. 

Sering sahaja kita mendengar perkataan moral disebut2.   Kadang2 ada yang bertanya seperti pertanyaan sebegini....

Apa moral cerita itu?
Apakah nilai moral yang cuba disampaikan?
Cerita itu tidak ada nilai moral langsung!??
Dan bermacam2 contoh lagi.

Aku melihat masyarakat melayu Islam ku diSingapura begitu terjebak dengan masaalah keruntuhan nilai2 moral!

Masaalah pencerian dan keruntuhan rumah tangga...
Masaalah akhlak dan pergaulan bebas.   Masaalah seks bebas dan penguguran anak didalam kandungan.   Masaalah membuang bayi2 yang baharu sahaja dilahirkan.   Masaalah menagih dadah.   Masaalah hutang piutang kerana bermain judi dan seribu masaalah moral lagi!

Ramai juga pemimpin2 Islam diSingapura yang telah berusaha dan cuba menyelesaikan masaalah tersebut.   Masing2 cuba mencari huraian dan jawapan buat menghuraikan perkara tersebut.   Namun,  nampaknya masaalah2 itu maseh berleluasa lagi.

Sifat2 jahat didalam diri manusia memang agak sukar dibendung dan di didik.
Sifat2 seperti tamakkan harta,  ingin menjadi kaya-raya,  ingin hidup bersuka2 dan berpoya-poya,  sifat2 busuk hati,  sifat cemburu lagi dengki dan bermacam2 sifat2 yang keji memang bersarang dan tumbuh berleluasa didalam diri manusia2 yang tidak mahu mementingkan nilai2 moral didalam diri mereka dan kehidupan mereka!

Satu perkara lagi ialah tentang faktor pengaruh keadaan hidup sekeliling!
Keadaan sekeliling memang memainkan peranan yang amat besar terhadap sesorang individu itu.
Keadaan percampuran dan pergaulan,  aktiviti2 hidup dimasa lapang dan berbagai2 lagi.

Apa yang penting ialah faktor pendidikan!
Pendidikan tentang nilai2 moral seharusnya ditekankan kepada setiap rakyat!
Rancangan latihan dan penerapan hendaklah disusun dengan bijaksana dan berterusan.

Nilai2 moral yang tinggi mutunya hendaklah ditanamkan kedalam minda rakyat secara berterusan.
Nilai mementingkan pelajaran,  menolong manusia,  sikap berbaik2 sesama manusia,  suka kepada berbuat baik,  peramah lagi  suka bermesra,  sikap jujur dan jati diri, sikap berani dan tabah menghadapi kesusahan dan tekanan hidup dan berbagai2 nilai moral yang mulia sepatutnya ditanamkan didalam diri setiap individu diSingapura!

Perkara ini sepatutnya dilakarkan secara menyeluruh dan dijalankan secepat muingkin!
Dengan cara ini sahajalah,  kita akan dapat mengawal masaalah penyakit moral melayu Islam dan lain2 daripada merebak dan memusnahkan masyarakat Singapura kita!

0 Comment(s).