Powered by Bravenet Bravenet Blog

Sunday, April 24th 2005

7:36 AM

Cerpen Terbaik Kasino dan Pemerintah Singapura.

Image hosted by Photobucket.com

Cerpen terbaik Singapura? Puisi terbaik Singapura?
Aku bukannya tahu sangat nak tulis tu semua. Tapi aku ada hati juga nak tulis cerpen terbaik atau puisi terbaik. Selalu ajee tak jadi. Oleh itu aku ambil keputusan hentam sajalaaah apa2 yang terlintas. Macam2 kesah diSingapura yang boleh aku tulis.

Baru2 niee baca suratkhabar pasal berita kasino. Kalau dah kasino tu...tetap laq juga kasino! Kalau dah judi tuu...tetaplah juga judi! Pemerintah Singapura telah pun mengalakkan judi. Tak cukup dengan judi2 yang dah pon ada sebelumnya. Kali ini tambah lagi dengan judi kasino. Lepas tu, pandai pula mereka memberi hujah2 untuk membenarkan tindakan mereka! Yang menariknya, mereka meminta rakyat percaya dengan keputusan mereka mengallakkan judi dengan nama kebaikkan!

Mereka berkata...(kalau tak silap) Singapura akan menghadapi masaalah yang lebeh besar lagi jika tidak membuka kasino! Dengan lain perkataan, Singapura akan menghadapi masaalah lebeh besar lagi jika tidak membenarkan judi! (buka kasino)

Kali ini, mereka kan membenarkan judi... Barangkali lain kali, mereka akan membenarkan pembunuhan! Tak kiralah....asalkan menjadi kaya dan banyak wang sudahlah. Judi kee..bunuh kee...asalkan banyak wang dan kaya sudahlah! Yang penting ialah mesti menjadi kaya!

Aku sebagai rakyat Singapura TIDAK setuju diatas keputusan mereka! Sekurang2nya, aku mesti menyatakan pendapatku disini sebagai manusia yang tahu nilai2 moral. Aku tidak tahu, apa akan jadi kepada rakyat Singapura dimasa akan datang akibat daripada pengaruh pandai bermain2 hujah yang tidak lagi mengutamakan nilai2 moral!
Aku merasakan diriku dan keluargaku sudah tidak lagi selamat hidup diSingapura yang penuh dengan putar belit tanpa mengutamakan nilai2 moral! Aku tidak mahu anak2ku hidup didalam suasana yang tidak membantu moral mereka. Kerana aku berpendapat bahawa keadaan sekeliling memainkan peranan dan pengaruh yang amat penting kepada pertumbahan corak pemikiran dan mental seseorang.

Aku lihat keadaan hidup diSingapura semakin lemah dari segi moral. Suasana sekeliling amat lemah untuk membantu pendidikan moral anak2ku! Kerana aku lihat, pemerintahku sendiri sudah tidak lagi mengutamakan nilai2 moral! Nilai2 moral hanyalah faktor kedua! Yang menjadi faktor utama dan pertama ialah nilai kekayaan harta, hidup mewah,Wang dollar dan sifat tamak!

Dan aku pun tidak pasti apa yang akan terjadi kepada seluruh dunia ini, jika dipenuhi oleh ramai orang2 yang sudah tidak lagi mengutamakan nilai2 moral! Sejarah tamadun manusia telah pun membuktikan kesannya kehidupan manusia yang tidak mengutamakan nilai moral. Dan aku mulai syak akan kejatuhan Singapura dan masyarakatnya

0 Comment(s).