Ada Peraduan menulis dan mengarang cerpen terbaik atau puisi terbaik di Singapura?
Peraduan menulis CERPEN TERBAIK di Singapura?
Peraduan menulis PUISI TERBAIK di Singapura?
ANUGERAH PENA EMAS 2005?
Waaah....!
Kawan2 peminat cerpen dan puisi di Singapura seharusnya tahu tentang perkara ini. Manalah tahu ada yang ingin mengambil bahagian. Manalah tahu ada yang ingin mencuba2 nasib atau bakat?
Aku pon tidak berapa tahu tentang perkara ini.
Aku cuma dapat tahu bila terbaca pemberitahuan tentang peraduan itu didalam salah satu blog yang telah aku singgah semasa merayap2 dialam cyber ini. Nama dan alamat
URL blog tersebut pon aku tak ingat. Terpaksalah kawan2 dan peminat2 CERPEN TERBAIK dan Penyair PUISI TERBAIK yang ingin mengambil bahagian bertanya sendiri kepada pihak MAJLIS SENI SINGAPURA.(agaknya)
Aku rasa.... aku lebeh selesa menulis didalam blog!
Ada juga kawan2ku yang cuba mengalakkan aku supaya mengambil bahagian didalam peraduan mengarang cerpen dan puisi itu. Tetapi aku rasa malaslaaaaah.
Aku berpendapat.....
Seorang penulis itu tidak perlu dikenal atau di iktiraf terlebeh dahulu barulah mahu menulis. Seorang yang sebenar2nya penulis itu akan terus menulis tidak kira ada peraduan atau tidak. Mereka akan terus menulis tidak kira samaada dapat menghasilkan ANTOLOGI PUISI dan SAJAK atau KUMPULAN CERPEN2 mereka untuk diterbitkan dan dibukukan oleh pihak2 media.
Apatah lagi dizaman sekarang ini.....
Begitu banyak peluang2 menulis didalam blog dialam cyber ini. Penulis yang sebenar2nya berminat dan berjiwa menulis akan terjun menulis didalam blog untuk menghasilkan karya2 mereka buat tatapan mayarakat ramai.
AKu kira itu adalah pendapatku sendiri.
Apa pun jua....
Usaha untuk mengadakan pertandingan menulis CERPEN TERBAIK dan PUISI TERBAIK itu adalah sesuatu yang amat mengalakkan dan sepatutnya dihormati.